416 kes Covid-19 dalam kalangan warga asing

0
100

Oleh NINA FARZUIN MD SHAROM

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) telah mengesan sebanyak 416 kes positif Covid-19 dalan kalangan bukan warganegara Malaysia, termasuk satu kes kematian iaitu kes ke-1,906 yang dilaporkan pada 8 April lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah tersebut adalah terdiri daripada 51 kes warganegara Indonesia, 37 kes warganegara India, 31 kes warganegara Myanmar, 29 kes warganegara Pakistan dan 27 kes warganegara Filipina.

“KKM bekerjasama rapat dengan pihak ‘United Nations High Commission for Refugees (UNHCR)’ bagi memastikan golongan pelarian dan pemohon suaka (asylum seeker) turut diliputi dalam aktiviti pencegahan dan kawalan yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Menurutnya, KKM juga mendapat banyak bantuan daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan juga sukarelawan dalam menjalankan aktiviti pengesanan di lapangan dengan penglibatan anggota di peringkat Pejabat Kesihatan Daerah.

“Di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sahaja, seramai 137 sukarelawan dari pelbagai sektor telah menggembleng tenaga bagi bersama-sama menjalankan aktiviti ini.

“Terima kasih kepada semua yang terlibat,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here