4,488 rakyat Malaysia dari luar negara dikuarantin

0
78

Oleh NURUL FIRDAUS KHAIRI

PUTRAJAYA – Seramai 4,488 rakyat negara ini yang telah pulang dari luar negara kini sedang menjalani proses kuarantin selama 14 hari di pusat-pusat kuarantin yang diwartakan sejak Jumaat lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu, hanya 15 individu yang dikesan mempunyai gejala dijangkiti Covid-19.

Menurutnya, pada mulanya pihaknya menempatkan mereka di rumah masing-masing untuk 14 hari.

“Memang ada yang positif selepas bergejala di rumah, ada demam dan kita ambil dan masuk pusat kuarantin untuk pemantauan.

“Setakat 3 April saya dimaklumkan ada 1,500 yang balik ke negara ini dan juga kita buat saringan,” katanya dalam sidang akhbar hari ini.

Jelasnya lagi, semalam jumlah meningkat kepada 4,488 orang di mana terdapat lebih 15 orang yang ada gejala dan telah diasingkan dan menjalankan ujian Covid-19.

“Kalau positif kita masukkan mereka ke hospital,” kata Dr. Noor Hisham lagi.

Sebelum ini, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, seramai 1,188 rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara setakat Jumaat lalu, dikuarantinkan selepas kerajaan mewajibkan perintah pengasingan itu bagi mengekang penularan Covid-19.

Sebanyak 551 pusat kuarantin telah diwartakan oleh kerajaan dan 107 daripadanya telah beroperasi di seluruh negara setakat semalam.-MBNews

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here