5 sebab kenapa perlu elak keluar gunting rambut semasa PKP

0
343

Oleh SITI AZIELAH WAHI

CYBERJAYA – Seorang wanita yang pernah menceburi bidang salon dan dandanan rambut berkongsi beberapa sebab mengapa orang ramai perlu mengelakkan diri daripada pergi ke kedai gunting rambut sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika semua sedang memerangi wabak Covid-19

Menurut hantaran Lydia Jominin dalam laman Facebook miliknya semalam, amat mustahil untuk memastikan sifar pencemaran silang antara penggunting, pelanggan, fasiliti dan peralatan digunakan sepanjang proses menggunting rambut.

“Sekalipun mereka memilih untuk memakai sarung tangan, apron dan sebagainya, sarung tangan sangat berpotensi untuk memindahkan virus sebab mereka bukan saja sentuh rambut dan kulit kepala anda, malah peralatan lain sepanjang servis dijalankan.

“Apron tu, tidak mungkin mereka pakai buang melainkan mereka guna yang jenis pakai buang, itu satu usaha terpuji, tapi selalunya apron yang digunakan adalah jenis kain dan dipakai sepanjang hari. Potensi untuk virus berpindah dari satu pelanggan kepada pelanggan lain sangat tinggi, “katanya.

Beliau yang memiliki kemahiran mewarna rambut pernah berkhidmat di sebuah salon di Sunway Pyramid berkata, tugas pendandan rambut bukan setakat potong rambut saja.

“Oleh kerana pekerja tidak ramai, mereka juga ‘multi tasking’. Terpaksa juga keluar masuk bilik prep, meja pelanggan, kaunter juruwang, dan lain-lain.

“Sebagai manusia biasa, pasti sering juga terlupa untuk buka sarung tangan sebelum sentuh bahagian lain,” katanya.

Selain itu katanya, adalah mustahil untuk mengelakkan pelanggan supaya tidak menyentuh perabot di dalam salon.

“Tempat letak tangan di tempat duduk pun terpaksa dipegang oleh semua pelanggan untuk duduk dan berdiri.

“Apa yang paling dibimbangi adalah berkenaan peralatan menggunting rambut yang menggunakan meterial besi yang perlu diseteril setiap kali digunakan, ” katanya.

Bagaimanapun katanya, sekiranya orang ramai perlu juga ke kedai gunting rambut, mereka disaran menolak pintu menggunakan siku dan mengelakkan diri menyentuh pintu semasa keluar dan masuk ke salon.

” ‘Sanitize’ sendiri tempat duduk sebelum duduk dan peralatan yang akan digunakan, biarlah orang tengok kita pelik.

“Minta mereka sapu bersih dulu rambut pelanggan sebelumnya yang ada di lantai dan kerusi sebelum giliran anda.

“Basuh tangan dengan sabun di sini salon ketika masuk dan sebelum keluar,” katanya.

Selain itu jika lelaki beliau menyarankan untuk tukar baju di luar kereta sebelum masuk ke kereta dan mandi dulu sebelum bertemu ahli keluarga,” katanya.

Lydia berkata, dia tidak bermaksud ingin menjatuhkan perniagaan salon kawan-kawan namun semua demi kebaikan bersama.-MBNews

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here