5,698 individu dibenarkan pulang, selesai kuarantin wajib

0
47

Oleh NURULFIRDAUS KHAIRI

CYBERJAYA – Seramai 5,698 individu telah selesai menjalani tempoh kuarantin wajib dan dibenarkan pulang sejak 17 April lalu.

Menteri Kanan ( Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sehingga semalam 204 pusat kuarantin telah dibuka dan beroperasi berbanding 201 pada  hari sebelumnya.

Menurutnya, 1,426 rakyat Malaysia juga telah pulang ke tanah air dan telah menjalani kuarantin wajib manakala 16,186 individu sedang menjalani  proses kuarantin wajib.

“Manakala 18,053 rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara juga telah dikuarantin secara wajib sejak 3 April lalu,” katanya dalam sidang akhbar harian hari ini.

Terdahulu, kerajaan mengarahkan rakyat negara ini yang kembali melalui semua pintu masuk sama ada laut, darat atau udara akan menjalani kuarantin selama 14 hari di pusat kuarantin yang disediakan kerajaan.

Semua kemasukan rakyat Malaysia akan ditempatkan di pusat kuarantin selama 14 hari.

Apabila mereka sampai sahaja di pintu masuk dan melepasi pemeriksaan imigresen, mereka akan dibawa menggunakan bas khas yang disediakan untuk ke pusat kuarantin tersebut.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here