77 kes Covid-19 libatkan rakyat Malaysia pulang dari luar negara

0
80

Oleh SITI AZIELAH WAHI

CYBERJAYA – Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 77 kes positif Covid-19 dikesan melibatkan warganegara Malaysia yang pulang dari luar negara.

Katanya, kesemua kes itu dikesan selepas ujian persampelan dilakukan ke atas 7,910 individu atau kira-kira 0.97 peratus.

“Dalam tempoh lebih dua minggu sejak 3 April lalu seramai 12,160 rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara telah dikuarantinkan,” katanya.

Dr. Noor Hisham berkata, walaupun bilangan kes harian menunjukkan trend penurunan yang amat memberangsangkan, namun perkara itu telah dijangka, memandangkan lebih daripada 180 buah negara di seluruh dunia telah terkesan akibat pandemik Covid-19.

“Justeru, tindakan mewajibkan semua rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara untuk ditempatkan di stesen kuarantin di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) adalah langkah tepat,” katanya.

Jelas Dr. Noor Hisham, tindakan proaktif ini telah menyaksikan peningkatan jumlah kes yang dilaporkan di negeri di mana mereka dikuarantinkan.

“Misalnya peningkatan 37 kes di Melaka; 32 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya; tiga kes di Sarawak; tiga kes di Johor dan dua kes di Selangor,” katanya.

Bagaimanapun katanya kesemua kes-kes positif itu telah diasingkan dan diberi rawatan di hospital.-MBNews

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here