9 Sektor: Hanya kedai di kawasan ‘hijau’ dipertimbangkan untuk beroperasi PKP fasa ketiga

0
122

CYBERJAYA – Keputusan untuk membenarkan mana-mana sektor beroperasi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa ketiga dikuatkuasakan bukan boleh diperoleh secara automatik.

Menurut Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, sebaliknya kebenaran tersebut perlu dimohon terlebih dahulu menerusi Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

“Setiap pandangan daripada rakyat akan diteliti dan diperhalusi oleh MITI, kebenaran yang diberikan bukan secara automatik tetapi melalui permohonan,” katanya ketika menjawab soalan sama ada kerajaan akan terus membenarkan kedai gunting rambut beroperasi.

Sejak MITI mengumumkan kedai gunting rambut antara sembilan sektor dibenarkan beroperasi sepanjang PKP fasa ketiga pelbagai pihak termasuk Kementerian Kesihatan membantah langkah tersebut.

Bantahan tersebut dibuat kerana bimbang wujudnya kluster baharu melibatkan kedai gunting rambut seperti di negara lain.

Mengulas lanjut, katanya, setiap prosedur operasi standard (SOP) dan perincian lanjut akan dikeluarkan oleh MITI selepas ini.

Pada masa sama, katanya, kebenaran itu juga hanya tertakluk kepada kawasan hijau iaitu tiada jangkitan Covid-19.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here