90 pusat kuarantin tampung 40,000 individu

0
147

PUTRAJAYA- Kerajaan mempunyai sebanyak 90 pusat kuarantin di seluruh negara yang mampu memuatkan sehingga seramai 40,000 individu untuk dikuarantinkan.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sejak 19 Mac lalu, sebanyak 4,933 individu telah dikuarantin dengan 90 pusat kuarantin telah dibuka.

Semalam pula katanya, sebanyak 1,188 rakyat Malaysia yang baharu poulang dari luar negara telah dikuarantinkan dengan 711 daripada tiba melalui KLIA dan KLIA 2.

“Pusat kuarantin yang ada boleh memuatkan 40,000 orang untuk proses kuarantin dalam satu-satu masa. Lebih daripada cukup, masih banyak tempat yang boleh digunakan,” katanya.

Mengulas perkembangan semasa arahan kuarantin, Ismail Sabri berkata, rakyat Malaysia yang berasal dari Sabah dan Sarawak akan dikuarantin di negeri masing-masing.

“Semalam saya sebut bahawa penumpang yang ingin meneruskan perjalanan ke Sabah dan Sarawak tidak akan dikuarantin di Kuala Lumpur sebaliknya akan dikuarantin di negeri masing-masing.

“Namun, ada penumpang yang tidak punyai penerbangan terus kerana tiada tiket dan sebagainya atau penerbangan dua atau tiga hari lagi. Untuk penumpang ini mereka tentu akan keluar dari KLIA atau KLIA 2.

“Maka, mereka juga akan dikuarantin di Kuala Lumpur dan Selangor. Semalam ada berita katakan, mereka yang dikuarantin dibawa ke pusat kuarantin dengan menaiki trak penjara dan bas penjara.

“Berita itu tidak benar kerana penumpang pesawat yang dikuarantin dibawa menggunakan bas yang disediakan oleh kerajaan atau Nadma, trak hanya digunakan untuk angkat barang mereka,” katanya.

Dalam pada itu katanya, situasi berkenaan menunjukkan berita-berita palsu terus berlegar walaupun dalam keadaan negara berdepan wabak Covid-19 sekarang.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here