[VIDEO] Agong berkenan adakan sesi Pra-Kabinet melalui sidang video

0
150

CYBERJAYA – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mengadakan sesi Pra-Kabinet melalui persidangan video bersama Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Istana Negara hari ini.

Memetik akaun Facebook Istana Negara, sesi persidangan video itu julung kali diadakan untuk mesyuarat Pra-Kabinet berikutan fasa ketiga Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dalam membendung pandemik Covid-19.

Seri Paduka turut berkenan mesyuarat Pra-Kabinet diteruskan menerusi sidang video semasa PKP ini berjalan untuk baginda berbincang dengan Perdana Menteri khususnya berkenaan isu-isu semasa.

“Ini menceminkan keprihatinan Yang di-Pertuan Agong terhadap pentadbiran negara dan kesejahteraan rakyat kerana lazimnya Seri Paduka akan berangkat ke Istana Melawati di Putrajaya untuk Mesyuarat Pra-Kabinet,” kata hantaran itu.

Selain itu, akaun Facebook Perdana Menteri turut memuat naik gambar beliau mengadakan sidang video bersama Yang di-Pertuan Agong yang merupakan pertama kali diadakan bagi sesi Pra-Kabinet. – MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here