Agong serah sumbangan peribadi untuk Tabung Covid-19

0
207

CYBERJAYA – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ria’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menyampaikan sumbangan peribadi kepada Tabung Covid-19 hari ini.

Menerusi akaun laman Instagram Istana Negara,  sumbangan itu disampaikan Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Menurut status itu pada 31 Mac lalu Al-Sultan Abdullah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan supaya kerajaan tidak membayar Emolumen Diraja kepada Seri Paduka berdua selama enam bulan bermula Mac lalu sehingga Ogos ini.

Tambah kenyataan itu, sumbangan dan inisiatif Seri Paduka dan Raja Permaisuri Agong membantu usaha kerajaan menangani dan membanteras penularan Covid-19 di negara ini.

“Marilah bersama Seri Paduka berdua berdoa semoga rakyat dan negara dilindungi dan dirahmati serta pandemik ini dapat dibendung dan diakhiri dengan segera,” katanya. – MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here