Ambil serius pandangan pakar- Aminuddin

0
318
Aminuddin Yahaya

Oleh SITI AZIELAH WAHI

CYBERJAYA – Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) meminta Jemaah Menteri memandang serius mana-mana saranan atau kerisauan pakar berhubung sesuatu isu sebelum membuat sebarang kenyataan.

Presidennya, Aminuddin Yahaya berkata, insiden yang berlaku iaitu kesan ekonomi akibat wabak penyakit Covid-19 wajar dijadikan iktibar oleh pemimpin kerajaan.

Menurutnya, beliau bukan mahu menuding jari kepada mana-mana pihak, tetapi sebagai peringatan kepada kerajaan sedia ada akan kesilapan yang tidak wajar berlaku lagi.

“Saya masih teringat apa yang diperkatakan oleh seorang bekas timbalan menteri sewaktu beliau menjawat jawatan itu yang mengulas kerisauan Pengarah Eksekutif Persekutuan Majikan Malaysia (MEF), Datuk Shamsuddin Bardan mengenai kemungkinan hampir 100,000 rakyat Malaysia bakal kehilangan pekerjaan jika Covid-19 berterusan sehingga penghujung tahun ini.

“Walaubagaimanapun, pihak kementerian yang diwakili oleh timbalan menteri ketika itu mengabai dan meremehkan sahaja kebimbangan tersebut dengan mengatakan itu hanyalah andaian, ” katanya dalam kenyataan di sini.

Beliau merujuk laporan berita pada pertengahan Februari lalu berhubung ramalan pakar bahawa 100,000 rakyat Malaysia akan kehilangan pekerjaan jika wabak Covid-19 berterusan sehingga penghujung tahun ini.

Bagaimanapun Timbalan Menteri Sumber Manusia ketika itu hanya menyifatkan ramalan tersebut sebagai andaian semata-mata.

Bagaimanapun Aminuddin berkata, ternyata dakwaan bekas timbalan menteri ini meleset dan amat dikesali.

“Sekarang, bukan negara saja terjejas malah seluruh dunia menghadapi kemelesetan ekonomi dan mungkin jutaan akan hilang pekerjaan,”katanya. – MBNews

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here