Anda manusia yang hebat – Muhyiddin

0
147

CYBERJAYA – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memuji rakyat Malaysia yang dianggap hebat kerana sabar dalam mengikuti arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membendung wabak Covid-19 di negara ini.

Beliau menzahirkan rasa terima kasih dan penghargaan kepada masyarakat kerana sabar dalam menempuhi cabaran ini.

“Kita ibarat sebuah keluarga besar. Kita saling bantu membantu ketika zaman susah. Kita jaga keluarga kita. Kita jaga jiran kita.

“Kita jaga masyarakat kita. Baik kita di kampung, di kawasan perumahan, di kondominium, di rumah flat. Kita jaga kita. Inilah nilai sebenar persaudaraan rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa,” katanya dalam perutusan khas yang disiarkan melalui saluran televisyen utama hari ini. – MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here