Arab Saudi umum tiada solat tarawih di masjid

0
147

DUBAI – Arab Saudi mengumumkan solat tarawih secara berjemaah di masjid tidak dibenarkan sepanjang bulan Ramadan tahun ini susulan penularan wabak Covid-19 di negara tersebut.

Memetik portal Berita Harian seperti dipetik akhbar Al-Riyadh, perkara itu itu diumumkan oleh Menteri Hal Ehwal Agama Arab Saudi, Dr. Abdul Latif Al Sheikh, Isnin lalu.

Penduduk diminta solat di rumah sepanjang tempoh berkenaan sehingga berakhirnya jangkitan wabak berkenaan.

“Pembatalan bagi solat lima waktu di masjid adalah lebih penting daripada penggantungan membabitkan solat tarawih.

“Kita semua perlu bermohon kepada Allah SWT untuk menerima ibadah tarawih sama ada ia dilakukan di masjid atau di rumah kerana buat masa ini kesihatan orang awam perlu diutamakan.

“Semoga Allah SWT melindungi kita semua daripada epidemik ini yang turut menjejaskan seluruh dunia,” katanya.

Sementara itu memetik laporan Agensi, Al Sheikh turut berkata, selari dengan arahan dan langkah pencegahan dikeluarkan oleh Menteri Kesihatan, pelaksanaan solat jenazah turut dihadkan kepada lima hingga enam ahli keluarga sahaja bagi satu kematian.

“Langkah pencegahan ini diambil selari dengan larangan untuk berhimpun, jadi solat jenazah sehingga di tapak perkuburan tidak dibenarkan melebihi lima hingga enam orang saudara terdekat.

“Ahli keluarga yang lain boleh menunaikan solat jenazah di rumah,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here