Ayuh bersama Raudhah Grocer kuasai sektor runcit negara

0
545

RAUDHAH CITY – Penubuhan Malakat Mall dan Raudhah Grocer-One Stop Muslim Grocery Centre adalah untuk menguasai sektor runcit yang selama ini dikuasai oleh syarikat asing di negara ini.

Ini dapat dilihat apabila syarikat milik kerajaan (GLC) Sime Darby mengumumkan penjualan saham mereka dalam Tesco Malaysia.

“Dengan penjualan sebanyak 30 peratus saham Tesco Malaysia kepada Charoen Pokphand Group yang bernilai RM300 juta, maka dengan ini pasar raya Tesco di Malaysia bukan lagi dikuasai oleh syarikat tempatan,” kata hantaran akaun rasmi Facebook Koperasi Pembangunan Pengguna Islam Malaysia (KoPPIM) malam tadi.

Raudhah Grocer merupakan sebuah pasar raya yang menjual lebih 80 peratus produk Muslim yang meliputi pelbagai jenis barangan yang diusahakan oleh usahawan Muslim.

Tambah kenyataan itu, misi Malakat Mall dan Raudhah Grocer adalah menguasai sektor runcit daripada syarikat asing tersebut.

“Ayuh kita bersama-sama bersatu dengan menjadi ahli KoPPIM. KoPPIM akan menggunakan dana hasil pelaburan anda untuk melabur dalam sektor-sektor terpilih antaranya sektor runcit demi meningkat penguasaan syer kaum Muslim dalam sektor itu.

“Ayuh bersama-sama sertai perjuangan ini dalam membina satu Ekosistem Ekonomi Islam yang baharu demi mengembalikan hak dan maruah kaum Muslim,” kata hantaran itu.

Orang ramai yang berminat untuk membangunkan ekonomi umat Islam dan membina ekosistem ekonomi Islam boleh berbuat demikian melalui Koppim Malaysia dengan mendaftar di www.KoPPIM.com.my/daftar . – MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here