Baju Ismail Sabri tarik perhatian warga maya

0
1106

CYBERJAYA – Sidang akhbar harian mengenai perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) oleh Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob agak berbeza berbanding hari-hari sebelumnya.

Ini kerana dalam ruangan komen media sosial portal berita  yang membuat siaran langsung perkembangan laporan harian menteri itu memuji baju yang dikenakan hari ini.

Malah siaran langsung tersebut lebih tertumpu kepada corak baju itu berbanding isi penyampaian menteri berkenaan.

Tinjauan Malakat Tribune dalam ruangan komen laman sosial Facebook Berita RTM mendapati warga maya memuji kecantikan pakaian itu.

Bagi seorang pemilik akaun Facebook bernama Siti Zubaidah Eidah tertarik dengan baju dikenakan Menteri Pertahanan tersebut.

“Cantik baju Datuk Seri hari ini,” ujarnya.

Anthony J. Kalang pula mengucapkan selamat petang kepada menteri berkenaan sambil berkata baju dikenakan itu berwarna warni.

“Wow cantik baju Datuk Seri. Ini baru ‘best’ sikit. Kalau tak warna biru atau putih,” kata Azah Mansor.

Tinjauan menerusi akaun rasmi Facebook Ismail Sabri mendapati, menteri itu mengenakan pakaian tersebut sambil menikmati makanan mi segera sebelum sidang akhbar diadakan.

Hantaran dalam laman sosial milik Menteri Pertahanan itu mendapat lebih 10,000 tanda suka dan 1,000 komen daripada pengikutnya. –  MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here