Bantuan RM100 untuk warga PPR, PA

0
256

Sumbangan RM100 untuk penghuni PPR/PA

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) membuka permohonan bantuan RM100 kepada pemilik dan penyewa Perumahan Awam (PA) dan Program Perumahan Rakyat (PPR) di kawasan pentadbiran pihak berkuasa tempatan itu.

DBKL menerusi hantaran di laman Facebooknya memaklumkan sumbangan melalui Inisiatif Wilayah Cakna itu hanya untuk warganegara yang menghuni PA dan PPR berdaftar.

Menurut kenyataan itu, permohonan dibuka hari ini sehingga 15 Mei depan.

“Penghuni yang layak perlu melayari laman sesawang http://eperumahan.dbkl..gov.my dan mengunci masuk nombor kad pengenalan, nombor akaun bank, emel, nama bank dan nombor telefon.

“Sumbangan layak kepada penghuni yang mendiami unit (pemilik atau penyewa) namun DBKL berhak menentukan penghuni yang layak menerima sumbangan,” menurut kenyataan itu.

DBKL berkata, pemohon boleh menyemak status penyaluran sumbangan ke akaun masing-masing antara tiga dan tujuh hari bekerja dari tarikh kemaskini.

“Sumbangan wang akan disalurkan menerusi akaun bank masing-masing secara berperingkat.

“Sebarang pertanyaan dan aduan boleh dibuat melalui jpkkcovid19@gmail.com,” katanya.

Kenyataan itu bagaimanapun tidak menyatakan bagaimana pemberian bantuan itu ditentukan sama ada kepada pemilik atau penyewa unit kediaman. -MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here