Bantulah pekerja asing teruskan hidup

0
617
Gambar hiasan

Oleh SITI AZIELAH WAHI

CYBERJAYA – Seorang sukarelawan berkongsi kisah sedih dialaminya ketika sedang membeli barangan keperluan untuk diagihkan kepada golongan asnaf yang memerlukan.

Melalui hantaran yang dikongsi Nooralina Ahmad, ketika di kedai serbaneka, dia terpandang seorang lelaki bertubuh kurus duduk di kaki lima kedai memandang ke arahnya.

“Saat memasuki 99 Speedmart, aku terpandang lelaki tubuh kurus bertopeng muka kain hitam, mata dia pandang tajam tepat mata aku tapi mata dia kuyu letih nampak risau, duduk di kaki lima kedai serbaneka tu,” katanya.

Nooralina berkata, dia masuk ke kedai membeli barangan keperluan seorang asnaf ibu anak tiga yang menghantar mesej kerana memerlukan ‘toiletries’ untuk tiga perempuannya.

“Sepantas mungkin aku capai barang yang dihajatinya kerana aku masih terbayang mata penuh harapan lelaki asing warga Bangladesh atau Nepal di luar Speedmart tadi.

“Selesai membayar aku terus menghampirinya dan bertanya adakah dia perlukan sesuatu.

“Lelaki itu memberitahu lapar belum makan, tiga hari duduk rumah bersebelahan tempat cuci kereta. Tiada kerja cuti tak ada makan dulu bos beli, kakak ada makanan,? ” tanya lelaki itu sambil tangan sentuh perut nya.

Beliau kemudian mempelawa untuk dibelikan barangan dapur namun lelaki itu memberitahu dia tidak mempunyai dapur, hanya mahukan makanan.

“Dia pandang kedai makan yang buka, aku beri sikit duit untuk dia beli makanan segera untuk dirinya dan tiga lagi rakan serumah serta biskut dan roti buat stok,” katanya.

Nooralina berkata, inilah realiti apabila majikan mengabaikan pekerja mereka berikutan arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan ketika ini.

” Tolong kita semua sama-sama prihatin dengan kehadiran mereka yang selalu akan berada di luar kedai serbaneka. Melihat dengan mata kita membeli keperluan asas dengan harapan ada yang menyapa.

“Tanya dia juga sebab mereka ini bukan tiada rumah yang tak kerja. Mereka kerja kuat sebelum Covid-19 menyerang, jadi mereka sangat malu dan segan nak buka mulut minta tolong kecuali kita mulakan tanya,”katanya

Dia turut meminta semua pihak melihat lebih tajam dan kesan golongan seperti mereka yang tidak dipedulikan majikan setelah kudratnya tak berguna.

“Duit tak ada kat tangan langsung mungkin mengira-ngira bila bos nak datang jenguk bagi gaji. Usahkan gaji makanan pun tiada,” katanya.

Malah katanya, ada pekerja asing mengadu, gaji mereka yang sepatutnya berjumlah RM1,400 telah dipotong.

“Ada sorang mengadu gaji sepatutnya RM1,400 tapi hari ini cek akaun bank ada RM400 sahaja, tergamak merompak gaji mereka ya? Di saat genting begini!?

“Mereka ni pekerja asing tiada pertubuhan dan persatuan yang nak membela sebab itu saya sedih,” katanya.

Banyak lagi pengalaman sayu pilu dialami Nooralina dan kumpulannya saat menyampaikan sumbangan daripada penderma.

Nooralina bersama beberapa rakannya aktif menyalurkan aktiviti sumbangan kepada pekerja asing terpinggir kerana menyedari golongan itu turut terkesan namun tidak layak menerima sebarang bentuk bantuan daripada kerajaan negeri mahupun Persekutuan.

Kebanyakan mereka datang bekerja di Malaysia diberi gaji hari namun kuderat mereka tidak digunakan sepanjang tempoh PKP.

Sekiranya berasa simpati dan ingin turut sama membantu, salur kan sumbangan anda melalui akaun Bank Simpanam Nasional Nooralina di no 1419729000041905.

Sesungguhnya tangan yang memberi lebih baik dari yang menerima. – MBNews

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here