Barang keperluan cukup sepanjang Ramadan

0
160

CYBERJAYA – Kerajaan memberi jaminan bekalan barangan keperluan mencukupi dan mampu menampung keperluaan pengguna termasuk sepanjang bulan Ramadan.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, orang ramai tidak perlu bimbang mengenai perkara itu kerana pemantauan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mendapati bekalan masih mudah diperoleh.

“Semalam (28 April), penguat kuasa KPDNHEP telah membuat pemantaun harian 25 jenis bekalan di 1,044 pemeriksaan premis perniagaan termasuk peruncit (815), pemborong (198) dan pengilang (31).

“Secara keseluruhan bekalan barangan keperluan mencukupi dan mampu menampung keperluan dalam negara yang berterusan dan mudah diperoleh,” katanya dalam sidang akhbar harian di Putrajaya hari ini.

Sehubungan itu kata Ismail, orang ramai dinasihatkan tidak bimbang dengan bekalan makanan dan keperluan harian sepanjang bulan Ramadan walaupun permintaan mungkin melebihi kadar biasa.

Sementara itu mengenai operasi sanitasi awam Covid-19 katanya, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) sejak 30 Mac lalu telah melakukan 4,764 operasi sanitasi termasuk di 12 Zon Merah.

Katanya, sebanyak 8,445 premis kerajaan, premis perniagaan dan kawasan awam telah disanitasi.

“Semalam (28 April), sebanyak 245 operasi sanitasi meliputi 60 Zon Merah dan Kuning di 13 negeri, termasuk 40 operasi di Sabah, 40 operasi di Sarawak dan 39 operasi di Johor.

“Operasi sanitasi semalam merangkumi 34 bangunan kerajaan, 22 tempat awam, 65 pusat perniagaan dan 6 pasar raya,” katanya.

Ismail Sabri Yaakob.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here