Barangan keperluan asas mencukupi

0
93
Gambar hiasan

Oleh NURUL FIRDAUS KHAIRI

CYBERJAYA – Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob berkata, secara keseluruhan bekalan barangan keperluan mencukupi dan mampu menampung permintaan semasa.

Menurutnya, penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) telah membuat pemantauan harian terhadap 25 jenis bekalan di 1,203 pemeriksaan premis peniagaan termasuk peruncit (925), pemborong (247) dan pengilang (31).

“KPDNHEP bersama Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MOA) juga sentiasa memantau bekalan makanan harian, terutamanya beras dan barangan keperluan asas lain di seluruh negara.

“Stok semasa beras mengambil kira pengeluaran tempatan dan import adalah stabil, terkawal dan konsisten bagi menampung keperluan dalam negara yang berterusan malah lebih daripada mencukupi,” Katanya pada sidang akhbar harian hari ini.

Ismail Sabri berkata, MOA juga memberi jaminan barang makanan basah seperti sayur-sayuran juga lebih daripada mencukupi.

Katanya, orang ramai dinasihatkan agar tidak bimbang dengan bekalan makanan dan keperluan harian kerana ia dijamin mencukupi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here