Baru nampak kemas, gelandangan bergilir-gilir gunting rambut

0
494

CYBERJAYA – Langkah Kementerian Wilayah Persekutuan menempatkan gelandangan di dewan komuniti dan serbaguna sekitar ibu kota bagi mengelak golongan itu dijangkiti Covid-19 dipuji ramai pihak.

Selain disediakan tempat tinggal dan makan minum disediakan, mereka berpeluang memperkemaskan diri apabila Menterinya, Tan Sri Annuar Musa menyediakan khidmat gunting rambut percuma kepada golongan itu.

Annuar dalam perkongsian melalui akaun Twitter miliknya malam tadi berkongsi gambar apabila golongan itu menggunting rambut oleh tukang gunting yang disediakan di dewan tersebut.

Beliau juga menunjukkan perbezaan gambar sebelum dan selepas, membuatkan ramai pengikut akaun Twitter Menteri Wilayah itu memuji usaha berkenaan.

“Hari ini (semalam) semua gelandangan bergilir-gilir digunting rambutnya. Nampak lebih kemas..tengok sebelum dan selepas,” ciap beliau.

Ciapan Annuar itu yang dimuat naik malam tadi mendapat lebih 8,900 ulang kicau dan 15,200 tanda suka.

Menurut seorang pengikutnya yang dikenali Hamdan Rukun, walaupun usaha itu nampak kecil tetapi maknanya amat besar sambil mengucapkan tahniah kepada menteri tersebut serta pasukannya.

Bagi Fariz Ahmad, dia meminta Menteri Wilayah itu meneruskan usaha tersebut dalam membantu golongan tersebut.

Bravo Tan Sri. Biar orang lain nak cakap apa yang penting bantu rakyat,” katanya.   

Malah ada pengikutnya mencadangkan supaya usaha itu diteruskan selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tamat nanti.

@Edward_daniel13 berkata, langkah itu merupakan satu usaha yang bagus.

“Harap selepas ini mungkin boleh pantau kesihatan mereka pula dan mana yang tiada sijil lahir mungkin boleh diusahakan.

“Kita faham situasi sekarang membataskan semua idea masyarakat untuk dilaksanakan dengan cepat,” ujarnya. – MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here