Bayaran BPN fasa dua 4 Mei ini

0
120

CYBERJAYA – Bayaran Bantuan Prihatin Nasional (BPN) fasa kedua akan dilakukan bermula 4 Mei ini melibatkan isi rumah dan individu bujang dari golongan B40 dan M40.

Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, setakat ini seramai 7.74 juta penerima telah menerima bayaran fasa pertama BPN berjumlah RM5.47 bilion.

Menurut beliau, proses bayaran tunai bagi yang tiada akaun bank telah bermula sejak 17 April lalu dan berjalan lancar dengan lebih 157,000 menerima bayaran secara tunai di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) di seluruh negara.

“Dengan sukacitanya, saya ingin berkongsi bahawa pembayaran fasa kedua untuk kesemua penerima BPN golongan B40 dan M40, sama ada isi rumah atau individu bujang, akan dibuat mulai 4 Mei ini,” katanya semasa Perkongsian Laporan Ke-3 Pencapaian PRIHATIN-Laksana dalam siaran langsung Facebook Kementerian Kewangan hari ini.

Sehingga semalam jelas beliau, kementeriannnya menerima lebih 3.26 juta permohonan baharu serta rayuan dan daripada jumlah itu sebanyak 2.96 jut merupakan permohonan baharu manakala 305,000 adalah rayuan.

Tengku Zafrul berkata, proses permohonan baharu dan rayuan akan ditutup Khamis ini dan pengumuman pembayaran akan dibuat pada minggu depan selepas proses semakan selesai. – MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here