Bazar Ramadan tidak dibenarkan beroperasi

0
79

CYBERJAYA- Kerajaan hari ini memutuskan bazar Ramadan tidak dibenar beroperasi di seluruh negara sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Keputusan berkenaan diumumkan oleh Menteri Kanan (Pertahanan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam sidang akhbar di Putrajaya, hari ini.

Ismail Sabri berkata, langkah itu diambil bagi memastikan usaha untuk memutuskan rantaian wabak Covid-19 akan terlaksana.

“Keputusan itu dibuat bagi meneruskan usaha membendung penularan wabak C-19 yang masih melanda negara dan mengancam kesihatan rakyat.

“Kerajaan sentiasa mendengar dan mengambil kira pandangan rakyat termasuk pakar-pakar dan badan-badan bukan kerajaan.

“Sehubungan itu Perdana Menteri,Tan Sri Muhyiddin Yassin telah membuat keputusan bazar Ramadan di seluruh negara tidak dibenarkan beroperasi dalam tempoh PKP ini,” katanya.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here