Beberapa sektor tertentu dibenarkan beroperasi dalam tempoh PKP – Perdana Menteri

0
142
Kerajaan mungkin membenarkan beberapa sektor tertentu beroperasi sepanjang PKP dengan mematuhi syarat tertentu

CYBERJAYA – Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, walaupun Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mungkin dilanjutkan lagi selepas ini, syarikat-syarikat dalam sektor tertentu akan dibenarkan beroperasi dengan tertakluk kepada pematuhan syarat tertentu.

Perdana Menteri berkata, antara syarat itu ialah dengan mementingkan keselamatan pekerja, penjarakan sosial dan kebersihan tempat bekerja.

“Pada masa ini pun beberapa sektor ekonomi telah dibuka.

“Selepas ini, kerajaan akan menimbang untuk membuka beberapa sektor dan subsektor yang lain tertakluk kepada syarat-syarat yang ketat,” katanya dalam Perutusan Khas Perdana Menteri hari ini.

Perdana Menteri berkata, langkah itu dibuat bagi menjamin syarikat terus berdaya saing dan para pekerja dapat terus bekerja dalam persekitaran yang selamat.

Berikutan itu, katanya, satu garis panduan serta syarat-syarat yang terperinci akan diberikan kepada para pelabur dan sektor korporat untuk memulakan operasi syarikat masing-masing. -MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here