Bekalan darah merosot 33 peratus

0
185

Oleh SITI AZIELAH WAHI

CYBERJAYA – Orang ramai yang ingin menderma darah dialu-alukan berbuat demikian selepas kerajaan kini membenarkan pergerakan untuk keluar menderma darah di hospital dan klinik kesihatan berhampiran dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Mesyuarat Jawatankuasa Khas Menteri-Menteri Mengenai PKP hari ini dimaklumkan bahawa bekalan darah di Tabung Darah Negara berkurangan sebanyak 33 peratus sejak pelaksanaan PKP.

Katanya, Pusat Darah Negara telah memohon kebenaran untuk beroperasi dan pergerakan penderma darah untuk menderma darah.

“Berikutan itu, mesyuarat telah meluluskan pergerakan penderma darah untuk ke hospital dan klinik kesihatan bagi tujuan menderma darah dari pukul 10 pagi sehingga 10 malam,” katanya dalam sidang akhbar selepas menghadiri mesyuarat berkenaan.-MBNews

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here