Bekalan makanan mencukupi sepanjang Ramadan

0
122
Gambar ihsan di Facebook KPDNHEP

Oleh NURUL FIRDAUS KHAIRI

CYBERJAYA – Bekalan barangan keperluan harian sepanjang Ramadan dijamin mencukupi dan mampu menampung keperluan dalam negara secara berterusan.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri berkata, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) telah membuat pemantaun harian terhadap 25 jenis bekalan di 970 pemeriksaan premis perniagaan termasuk peruncit (753), pemborong (168) dan pengilang (31).

Menurutnya, secara keseluruhan bekalan barangan keperluan mencukupi dan mudah diperoleh.

“Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MOA) juga memberi jaminan barang makanan basah seperti sayur-sayuran, daging, ayam dan telur juga lebih daripada mencukupi.

“Orang ramai dinasihatkan agar tidak bimbang dengan bekalan makanan dan keperluan harian bagi menyambut bulan Ramadan kerana ianya dijamin mencukupi,” katanya.

Semalam kerajaan mengingatkan orang ramai khususnya umat Islam supaya tidak berpusu-pusu membuat pembelian kerana bekalan makanan mencukupi bagi menyambut kedatangan Ramadan.

Jaminan bekalan barang keperluan itu mencukupi hasil pemantauan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna serta Kementerian Pertanian dan Industri Makanan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here