Belum ada cadangan lanjut waktu operasi kedai makan

0
145

CYBERJAYA – Kerajaan masih belum memutuskan sama ada untuk melanjutkan tempoh operasi kedai makan berikutan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa ketiga memasuki bulan Ramadan.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pada masa sekarang masih terlalu awal untuk pihaknya membincangkan perkara tersebut.

“Belum ada perbincangan lagi, PKP fasa dua yang tamat pada 14 April ini pun belum berakhir. Kita akan tengok keperluan ini nanti,” katanya dalam sidang akhbar PKP hari ini.

Sejak PKP dikuatkuasakan, operasi kedai makan dihadkan sehingga pukul 8 malam sahaja setiap hari.

Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata, buat masa ini masih belum ada keperluan untuk menukar waktu operasi tersebut memandangkan rakyat telah biasa dan selesa.

Malah, katanya, sehingga kini masih belum ada aduan mengenai kesukaran untuk mendapatkan makanan.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here