Berita palsu masih berlegar

0
79

Oleh SITI AZIELAH WAHI

CYBERJAYA – Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, berita palsu masih berlegar di negara ini meskipun sedang berdepan situasi melawan wabak Covid-19.

Ismail Sabri berkata, penyebaran berita palsu itu mencerminkan tindakan tidak bertanggungjawab kerana menggugat keharmonian awam ketika banyak pihak berusaha membantu dan menenangkan rakyat memerangi wabak pendamik itu.

Beliau merujuk satu berita yang tersebar semalam mendakwa penumpang pesawat dibawa menaiki trak dan bas penjara ke pusat kuarantin.

“Kesemua penumpang pesawat dari KLIA yang akan menjalani proses kuarantin dibawa ke pusat kuarantin menggunakan bas yang disediakan kerajaan atau Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma).

“Dakwaan yang menyatakan penumpang pesawat diangkut menggunakan trak penjara atau bas penjara adalah berita tidak benar. Trak hanya digunakan untuk membawa barangan penumpang sahaja, ” tegasnya.

Selain itu beliau berkata, berita yang menyatakan pusat kuarantin di Sabah begitu daif juga merupakan berita tidak benar.

“Oleh itu, kerajaan tidak akan berkompromi dengan tindakan menyebarkan berita palsu ini,” katanya pada sidang akhbar selepas Mesyuarat Khas Menteri Mengenai PKP, hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here