Berita palsu: PDRM, SKMM buka 220 kertas siasatan

0
125

CYBERJAYA- Berita mengenai Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa ketiga tidak diwartakan yang tular sebelum ini adalah berita palsu.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan memandang serius perkara berkenaan dan tindakan tegas akan diambil.

“Isu berita palsu masih tidak berkurangan. Sebagai contoh, ada pihak yang kata PKP 3 tidak diwartakan, ini adalah berita palsu PKP 3 diwartakan.

“Tindakan akan diambil terhadap penyebar berita palsu ini. Setakat ini PDRM dan SKMM telah membuka 220 kertas siasatan berkaitan berita palsu Covid-19.

“Daripada jumlah itu, 150 masih dalam siasatan, 24 kes dituduh di mahkamah dan 13 telah mengaku bersalah,” katanya dalam sidang akhbar di Putrajaya hari ini.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here