Berita palsu: Tetap siasat walaupun sudah dipadam

0
129

CYBERJAYA- Polis Diraja Malaysia (PDRM) tetap akan melakukan siasatan serta mengambil tindakan walaupun berita palsu yang dimuat naik dalam media sosial dipadam.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, polis juga tidak akan berkompromi dengan sesiapa sahaja yang terlibat dalam berita palsu.

“Selepas ‘posting’ dieluarkan, walaupun memadamnya. Polis boleh terus siasat serta mengambil tindakan undang-undang dan sebagainya terhadap individu terbabit.

“Baru-baru ini ada individu keluarkan berita palsu, selepas itu padam dan mintak maaf. Polis tetap akan panggil individu untuk disiasat. Jangan ingat ia selesai,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar harian Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Putrajaya hari ini.

Menurut Ismail Sabri, setakat ini polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) membuka sebanyak 217 kertas siasatan berhubung penyebaran berita palsu Covid-19.

“Sebanyak 162 masih dalam siasatan, manakala 23 sudah dituduh di mahkamah dengan empat mengaku salah,” katanya.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here