Betapa bernilainya sebuku roti

0
370

CYBERJAYA – Di saat ramai pihak ingin membantu golongan memerlukan, ada juga yang terlepas pandang bagi mereka yang benar-benar dalam kesusahan.

Bukan sahaja golongan B40 yang terjejas, malah mereka bekerja harian pun turun sama merasai keperitan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) demi membendung wabak Covid-19.

Bagi seorang pemilik akaun Facebook dikenali Dang Anum, dia tersentuh melihat satu keluarga yang kesusahan di sebuah kampung di Selangor.

Berikut perkongsiannya yang boleh menjadi iktibar untuk semua.

Kisahnya begini, semalam Sistur dapat maklumat tentang sebuah keluarga di satu perkampungan di Selangor ni.

Bapanya lewat 20an, warga Indonesia yang mengharapkan pendapatan harian daripada menjaja makanan seriap pagi (Sebelum PKP).

Ibunya pula suri rumah dengan tiga anak kecil, paling kecil 2 bulan.

Mereka menyewa sebuah rumah dengan masing-masing satu ruang tidur, ruang memasak, ruang rehat.

Bilik air kongsi ramai-ramai di luar. Ya, macam dalam cerita P.Ramlee tu.

Keluarga ini merayu bantuan makanan asas kerana telah dua minggu tidak mempunyai pendapatan dan simpanan juga telah habis.

Siang tadi, sistur pun bergegas membeli barangan keperluan.

Apa kaitan dengan roti ? Haaaa sabar lah, ni nak cerita la ni.

Umum tahu ramai yang mengeluh susah nak beli roti kegemaran rakyat Malaysia, roti Gardenia. Lembut, Enak dimakan begitu sahaja.

Habis hampir disemua pasar raya, kedai acheh, kedai mamak, stesen minyak semua tak ada Roti Gardenia.

Ada duit ribu-ribu pun tak boleh beli roti Gardenia sebab tak ada.

Masa Sistur pergi tadi, elok aje bersusun-susun roti Gardenia. Apa lagi… berdezup Sistur call jiran-jiran tanya siapa nak berkeinginan roti Gardenia, Sistur belikan.

Kepala terus teringat keluarga tadi, sistur belikan juga sebuku roti Gardenia yang menjadi buruan ramai.

Sis terfikir apa tau… REZEKI.

Allah dah kata roti itu rezeki keluarga ini. Kalau diberitahu kepada mereka tiga hari lepas, mereka akan dapat menikmati roti Gardenia mesti mereka pun tak percaya.

Duit tak ada, nak beli pun kedai tak jual mana mungkin mereka dapat makan roti Gardenia.

Tapi sebab Allah dah tentukan roti Gardenia itu adalah rezeki mereka, tanpa duit 1 sen pun , mereka kini memiliki sesuatu yang menjadi dambaan ramai orang yang mampu beli roti di Malaysia.

Masya-Allah.. dah tertulis rezeki mereka. Siapa kita menidakkannya.

Esok, ada 20 keluarga lagi yang menanti bantuan bekalan makanan untuk mereka.

Apa pula rezeki untuk mereka esok? Sama-sama kita berdoa yang baik-baik sahaja.

Jom! Kita bersedekah .. bantu mereka sedaya upaya kita.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here