‘Bossku’ nafi bini dapat BPN

0
345
Najib Razak dan Rosmah Mansor yang didakwa menjadi mangsa fitnah media sosial.

CYBERJAYA – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menafikan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor diluluskan untuk menerima Bantuan Prihatin Nasional (BPN) seperti didakwa oleh penulis media sosial.

Sebaliknya beliau yang lebih dikenali dengan gelaran ‘Bossku’ berkata, sekiranya benar bayaran RM800 itu dibayar secara automatik ke dalam akaun isteri beliau, ia akan disumbang kepada Tabung Covid-19 kerajaan.

“Ada posting (hantaran) yang sedang disebar oleh penulis media sosial Pakatan Harapan (PH) bahawa bini saya telah diluluskan untuk menerima Bantuah Prihatin sebanyak RM800.

“Bini saya kata dia tak pernah memohon dan juga tak pernah menerima SMS (khidmat pesanan ringkas) bahawa dia layak untuk dibayar RM800 itu, katanya dalam hantaran Facebook rasminya malam tadi.

Najib memberitahu, selepas membuat carian maklumat dalam laman web berkaitan BPN, tiada rekod bagi nama isterinya dan menganggap tuduhan itu tidak berasas.

“Kita sedia maklum bahawa penulis media sosial adalah pakar gambar dan video edit (sunting),” katanya.

Dalam pada itu beliau menyambut baik usaha kerajaan membantu seberapa ramai rakyat yang mungkin dalam krisis Covid-19.

“Sesiapa lagi yang menerima bayaran bantuan ini dari kerajaan PN (Perikatan Nasional) dan rasa mereka tidak memerlukannya boleh salurkan bayaran itu kepada Tabung Covid kerajaan.

“Inilah cara paling mudah untuk mengembalikan wang tersebut kepada kerajaan. Jangan salah hantar ke Tabung Harapan pulak,” selorohnyanya.

Katanya, sumbangan boleh dibuat kepada akaun 16010001138714 (Bank Muamalat – Tabung Bantuan Bencana Negara) yang dikendalikan oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma). -MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here