BPN: Lebih RM5.2 juta sudah diagihkan kepada 7.6 juta penerima

0
108
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz

Oleh NURUL FIRDAUS KHAIRI

CYBERJAYA – Seramai 7.6 juta rakyat Malaysia sudah menerima agihan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) bernilai lebih RM5.2 bilion untuk fasa pertama

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz, berkata RM480 juta sudah dikreditkan ke dalam 1.2 juta akaun penerima BPN membabitkan golongan M40 sehingga 19 April lalu.

Menurutnya, penerima fasa kedua dijangka akan bermula pada bulan Mei ini.

“Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) juga menerima lebih tiga juta permohonan baharu dan rayuan yang kini sedang dalam proses semakan, sebelum bayaran boleh dibuat pada Mei ini.

“Sejak 17 April lalu, kemudahan pembayaran tunai sudah dibuka oleh cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) kepada 400,000 rakyat berpendapatan B40 yang tidak mempunyai akaun bank berdaftar dengan LHDN dengan kemudahan itu dibuka sehingga 31 Disember ini,” katanya melalui perkongsian di Facebooknya mengenai laporan kedua pencapaian pelaksanaan pakej Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin) hari ini.

Tengku Zafrul berkata, kerajaan turut bersetuju untuk memberikan bantuan khas kewangan sebanyak RM500 kepada 180,000 veteran angkatan tentera yang bukan berpencen selaras dengan semangat pakej Prihatin.

Terdahulu, bantuan khas kewangan itu diberikan kepada 1.4 juta penjawat awam dan 900,000 pesara melalui pakej Prihatin.-MBNews

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here