BPN: Penerima mula serbu bank, sila jaga jarak sosial

0
350

CYBERJAYA – Orang ramai mula membanjiri bank seawal pukul 8 pagi selepas dimaklumkan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) dikreditkan ke akaun penerima mulai hari ini.

Orang ramai beratur panjang dan bersesak di bank dan kebanyakan mereka adalah warga emas, ada yang mahu memeriksa akaun selain ingin mengambil wang.

Tinjauan Malakat Tribune dalam laman-laman sosial mendapat terdapat warga maya yang berkongsi gambar keadaan semasa di bank-bank tertentu yang menjadi tumpuan.

Antara laman Facebook yang berkongsi keadaan ini ialah Info Kesihatan Malaysia, laman ini berkongsi dengan warga maya keadaan semasa di Bank Simpanan Nasional (BSN).

“BSN, bantuan masuk berperingkat mulai hari ni. Jarak macam tak jaga, kalau duit tak masuk lagi kesian pakcik makcik beratur panas2. Tapi itulah, mungkin mereka sangat-sangat perlukan duit.

“Hati-hati semua, jarak (jarak sosial) kena jaga. Kalau ada anak-anak dirumah tolong buat urusan perbankan secara dalam talian untuk mak dan ayah,” kata lama facebook berkenaan.

Pengikut laman berkenaan turut meninggalkan komen di status itu, ada antara mereka meminta pihak bank membuat persediaan awal menerima pelanggan yang ramai hari ini.

“Pihak bank sepatutnya buat persediaan awal… periksa suhu, hand sanitizer, jarak sosial dan pastikan pelanggan diwajibkan memakai topeng muka. Bila tahu tarik keluar (BPN), orang akan serbu,” kata Wan Abdul Aziz.

Sementara itu, Anyah Bisz berkata, sepatunya perlu ada polis atau tentera jaga di kawasan bank untuk kawal jarak sosial antara pelanggan, sekali gus elak penularan wabak Covid-19.

Dalam pada itu, Noor Saa’ri berharap semua terhindar dari Covid-19.

“Semoga semua terhindar dari Covid-19… Semoga urusan dipermudahkan. Jika tak kerana keperluan rumah sudah habis, mungkin mereka pun tidak mahu beratur panjang dan ambil risiko,” katanya.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here