Brainy Bunch ambil langkah beri pendidikan terbaik sepanjang Covid-19

0
165

Oleh NURUL FIRDAUS KHAIRI

CYBERJAYA – Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat penularan Covid-19 tidak mematahkan semangat Sekolah Antarabangsa Brainy Bunch melakukan pelbagai aktiviti pendidikan melalui media sosial.

Perkara itu turut diakui oleh Pengasasnya, Mohd. Fadzil Hashim ketika berkongsi pandangan mengenai strateginya sebagai majikan dan pemilik pusat pendidikan dalam program khas dalam Facebook bersama Ketua Pegawai Eksekutif IReal, Erman Taib.

Menurutnya, perkara penting yang dilakukan adalah memastikan penglibatan dan kerjasama bersama ibu bapa sepanjang Covid-19 ini.

“Kami perlu memberi apa sahaja penyampaian pendidikan yang terbaik dengan apa yang kita ada walaupun berdepan dengan pelbagai kekangan.

“Sebagai contoh guru-guru kita tidak pernah menggunakan aplikasi pendidikan dalam talian tetapi hari ini terpaksa juga memuat naik aplikasi itu, kami pastikan guru-guru menggunakan segala bahan yang ada untuk tujuan pendidikan di tahap yang paling baik,” katanya.

Mohd. Fadzil berkata, terbaharu guru-gurunya membuat ‘Facebook Live’ berkongsi ilmu sekali gus meraih tontonan lebih 1,000 penonton.

Kongsinya, belum pernah capaian dalam akaun Facebook itu mendapat tontonan sebegitu ramai.

“Menariknya, walaupun di rumah kita minta anak-anak ini memakai pakaian uniform tadika, kita buat pelbagai aktiviti seperti bercerita, pendidikan seperti dalam kelas, hafazan, bersukan walaupun menggunakan bantuan mengajar yang terhad.

“Di Brainy Bunch juga kita akan pastikan supaya semua guru-guru dapat memberi tanggungjawab utama kepada anak-anak,” katanya.

Dalam pada itu, Mohd Fadzil berkata, agak sukar hendak memuaskan hati semua ibu bapa namun menjadi tanggungjawab warga Brainy Bunch menjaga hubungan baik dengan mereka.

Katanya lagi, usaha memberi pendidikan terbaik sepanjang PKP kepada pelajar-pelajarnya akan terus dikekalkan dengan keupayaan semua guru-guru terlatih yang ada.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here