Firdaus Wong tetap teruskan bantu keluarga terjejas PKP

0
1180

CYBERJAYA – Pengasas Multiracial Reverted Muslim (MRM), Firdaus Wong Wai Hung meneruskan kerja amal dalam membantu keluarga yang terjejas berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membendung Covid-19 di negara ini.

Menerusi hantaran akaun Facebook miliknya, beliau berkata, kerja amal dijalankan olehnya mempunyai pas yang diberikan sebagai sukarelawan dibawah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

Berikut catatan penuh beliau menerusi hantaran akaun Facebook miliknya. 

Inilah pas yang diberikan kepada kami sebagai sukarelawan di bawah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) yang mana kami akan tunjukkan kepada pihak berkuasa ketika melalui sekatan jalan raya.

Kami juga akan memaklumkan kepada agensi dan pihak berkuasa jadual dan lokasi pengedaran bekalan bagi mengelakkan salah faham dan sebarang masalah yang akan timbul.

Contohnya, ketika kami mengedarkan bekalan asas di salah satu PPR (Projek Perumahan Rakyat) di Wilayah Persekutuan, pengerusi penduduk bertanya dengan baik kepada kami dan apakah kami telah mendapat kebenaran untuk mengedarkan bekalan di situ. 

Saya memberitahu kepada pengerusi penduduk PPR bahawa saya telah memaklumkan kepada Inspektor xxx dari IPK (Ibu pejabat Polis Kontinjen) Kuala Lumpur dan apabila beliau double check memang ada nama kumpulan kami.

Begitulah program dakwah dan kebajikan. Walaupun kita ingin melakukan sesuatu yang baik kita mesti lakukannya juga dengan cara yang betul dengan bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa. 

Saya secara peribadi sangat yakin pihak berkuasa sangat menyokong usaha kebajikan kita semua lebih-lebih lagi dalam PKP Covid-19 ini dan tidak mungkin mereka akan menghalang kita melakukannya andai kita telah ikut saluran yang betul.

Ayuh sahabat, teruskan usaha dakwah dan kebajikan kita. Insya-Allah Raudhah Grocer Xpress Shah Alama @rgxshahalam milik MRM bakal beroperasi sebagai pusat pengedaran bekalan asas kepada asnaf dan B40 serta bakal menerima pesanan online yang kami akan hantarkan secara percuma bagi pembelian RM50 le atas. Doakan dan teruskan menyokong.

Sesiapa yang ingin menyumbang boleh menyalurkannya ke nonbor akaun Maybank 564810520353 Pertubuhan Mualaf Berbilang Bangsa Kuala Lumpur dan Selangor. – MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here