China akan lancar festival beli-belah dalam talian

0
57

BEIJING – China akan melancarkan festival beli-belah dalam talian sebagai usaha meningkatkan perdagangan selepas pertumbuhan ekonomi mencatat penguncupan 6.8 peratus pada suku pertama, lapor agensi berita Xinhua.

Festival kali kedua itu, merupakan langkah terbaharu untuk memperluas penggunaan domestik dan menangani kesan Covid-19 terhadap ekonomi negara itu, menurut kenyataan Kementerian Perdagangan China.

Lebih 100 syarikat e-dagang akan mengambil bahagian, menjual pelbagai produk berkualiti termasuk hasil pertanian dan barangan elektronik.

Menurut kenyataan itu, para pengguna dijangka menikmati potongan harga dan perkhidmatan yang lebih baik berbanding festival sebelum ini.

Festival berlangsung dari 28 April hingga 10 Mei ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here