Covid-19: 100 kes pulih dan 38 kes baharu

0
90

CYBERJAYA- Sebanyak 100 kes positif Covid-19 telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini dengan jumlah kumulatif kes pulih sepenuhnya di Malaysia ialah sebanyak 3,862 kes atau 66.8 peratus.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, bilangan kes yang telah didiscaj itu adalah lebih dua kali ganda berbanding bilangan kes baru yang dilaporkan iaitu sebanyak 38 kes.

Beliau berkata, jumlah itu menjadikan jumlah kes positif Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 5,780 kes dengan 1,820 kes kebolehjangkitan dan golongan berkenaan telah diasingkan serta diberi rawatan.

“Sehingga kini, seramai 36 kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Daripada jumlah tersebut, 15 kes memerlukan bantuan pernafasan.

“Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dimaklumkan bahawa tiada pertambahan kes kematian berkaitan Covid-19 hari ini.

“Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah kekal sebanyak 98 kes atau 1.7 peratus daripada jumlah keseluruhan kes,” katanya dalam sidang akhbar di Putrajaya hari ini.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here