Covid-19 : 109 kes baharu, 121 kes pulih, 2 kematian

0
142

Oleh SITI AZIELAH WAHI

CYBERJAYA – Terdapat 109 kes jangkitan baharu wabak Covid-19 dicatatkan hari ini menjadikan keseluruhan kes pandemik itu berjumlah 4,228.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 121 kes telah pulih dan dibenarkan discaj hari ini, menjadikan jumlah pesakit yang pulih sepenuhnya berjumlah 1,608 kes.

“Angka ini menunjukkan bilangan yang pulih melebihi daripada bilangan kes baharu yang dilaporkan,” katanya dalam sidang akhbar harian di kementerian itu hari ini.

Sementara itu, Dr. Noor Hisham memaklumkan terdapat seramai 72 pesakit sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) yang mana 43 kes daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

” Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness
and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, terdapat pertambahan dua lagi kes kematian akibat Covid-19.

Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 adalah sebanyak 67 kes iaitu 1.58 peratus daripada jumlah keseluruhan kes,” katanya.

Menurut Dr. Noor Hisham, kes kematian ke-66 merupakan kes ke-2,798 iaitu lelaki
warganegara Malaysia berumur 59 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit autoimun dan beberapa penyakit kronik lain.

“Pesakit itu mempunyai sejarah menghadiri
perhimpunan di Seri Petaling dan dirawat di Hospital Melaka pada 31 Mac dan disahkan meninggal dunia pukul 5.00 pagi tadi,” katanya.

Sementara itu kes kematian ke-67 adalah kes ke-2,864 iaitu seorang wanita tempatan berumur 23 tahun dan mempunyai
latar belakang penyakit tiroid.

“Pesakit itu mempunyai sejarah kontak rapat dengan dua kes positif Covid-19 dan merupakan kes generasi ke-5
kluster persidangan gereja di Kuching, Sarawak tetapi bukan peserta persidangan ini, dirawat di Hospital Umum Sarawak pada 30 Mac dan disahkan meninggal dunia pada 9.42 pagi tadi,” katanya.-MBNews

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here