Covid-19: 118 kes baharu, 3 kematian, 222 discaj hari ini

0
99

CYBERJAYA – Sebanyak 118 kes baharu positif Covid-19 direkodkan hari ini dengan menjadikan kes keseluruhan di Malaysia sebanyak 4,346 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 69 kes positif Covid-19 ketika ini sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Beliau berkata, terdapat 222 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini sekaligus menjadikan kumalatif kes pulih dan discaj sebanyak 1,830 kes.

Selain itu katanya, terdapat pertambahan tiga kematian yang dilaporkan dan jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 70 kes.

“Kes kematian ke-68 (kes ke-694) merupakan lelaki warga Malaysia berumur 62 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit kencing manis. Beliau mempunyai sejarah kontak rapat kluster Seri Petaling (kes ke-159). Beliau telah dirawat di Hospital Queen Elizabeth, Sabah pada 17 Mac dan disahkan meninggal dunia pada pukul 8.21 pagi tadi.

“Kes kematian ke-69 (kes ke-4229) merupakan lelaki warga Malaysia berumur 77 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit kencing manis. Beliau telah dirawat di Hospital Kuala Lumpur pada 27 Mac dan disahkan meninggal dunia pada pukul 4 pagi hari ini.

“Kes kematian ke-70 (kes ke-4230) merupakan perempuan warga Malaysia berumur 88 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit darah tinggi, penyakit jantung dan dementia. Beliau mempunyai sejarah kontak rapat dengan kes positif Covid-19 (kes ke-1684). Beliau telah dirawat di Pusat Perubatan Universiti Malaya pada 20 Mac dan disahkan meninggal dunia pada pukul 2.38 pagi hari ini,” katanya dalam sidang akhbar harian Covid-19 di Putrajaya hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here