Covid-19 : 131 kes baharu, 236 pulih, 1 kematian

0
110

Oleh SITI AZIELAH WAHI

CYBERJAYA – Sebanyak 131 kes baharu positif Covid-19 dilaporkan hari ini sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan wabak itu di negara ini meningkat kepada 3,793 kes setakat ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu 102 kes sedang menerima rawatan di unit rawatan rapi (ICU) dan 54 kes memerlukan bantuan alat pernafasan.

“Terdapat sebanyak 2,490 kes masih di rawat di hospital manakala 1,241 kes telah sembuh,” katanya dalam sidang akhbar khas Covid-19 di kementerian itu hari ini.

Menurut Dr. Noor Hisham terdapat 236 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj dari hospital.

“Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya daripada Covid-19 dan telah discaj daripada wad sebanyak 1,241 kes iaitu 32.72 peratus daripada jumlah keseluruhan, “katanya.

Pada masa sama Dr. Noor Hisham memaklumkan berdasarkan maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan terdapat pertambahan satu lagi kes kematian berkaitan
Covid-19.

“Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 62 kes (1.63 peratus daripada jumlah
keseluruhan kes),” katanya.

Beliau menjelaskan kes kematian ke-62 merupakan kes ke-3663 melibatkan lelaki
warganegara Malaysia berumur 67 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit kencing manis dan darah tinggi.

Katanya, pesakit itu sebelum ini mempunyai sejarah kontak rapat dengan beberapa kes indeks positif Covid-19 daripada perhimpunan di Seri Petaling dan dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Terengganu pada 29 Mac 2020 dan disahkan meninggal dunia pada hari ini pukil 10.22 pagi.-MBNews

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here