Covid-19: 14,187 pekerja asing disaring, 676 positif

0
366

CYBERJAYA – Kementerian Kesihatan telah membuat sebanyak 14,187 saringan terhadap warga asing dan berjaya mengesan sebanyak 676 kes positif Covid-19 dalam kalangan mereka.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, tumpuan saringan itu dilakukan terhadap warga asing yang berada di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) dan mempunyai hubungan dengan kes perhimpunan di Masjid Sri Petaling.

“Kita melaksanakan aktiviti tertumpu dengan melihat pekerja asing yang terdedah dengan perhimpunan berkenaan, bukan semua pekerja asing disaring.

“Jadi kita membuat PKPD di lokaliti seperti di Menara City One, Selangor Mansion dan Malayan Mansion kerana jumlah yang terdedah dengan perhimpunan berkenaan adalah tinggi,” katanya dalam sidang akhbar harian Covid-19 hari ini.

Mengulas lanjut, katanya, jumlah pekerja asing yang ramai berada di Pasar Borong Selangor juga menyebabkan PKPD dilaksanakan di kawasan tersebut.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here