Covid-19: 169 pulih, 85 kes baharu dan 1 kematian

0
59

CYBERJAYA – Usaha pencegahan penularan Covid-19 mula menunjukkan hasil apabila hanya 85 kes baharu dicatatkan hari ini selain 169 kes yang telah pulih.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah keseluruhan kes Covid-19 di Malaysia ialah 5,072 kes dengan 2,647 telah pulih.

Beliau berkata, kumulatif kes telah pulih adalah sebanyak 52.2 peratus dan jumlah pesakit pulih hari ini adalah dua kali ganda berbanding kes positif Covid-19.

“Sehingga kini, seramai 56 kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Daripada jumlah tersebut, 32 kes memerlukan bantuan pernafasan.

“Dukacita dimaklumkan pada hari ini terdapat pertambahan satu kes kematian berkaitan Covid-19. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian di Malaysia adalah sebanyak 83 kes.

“Peratusan kematian akibat Covid-19 di Malaysia ialah 1.64 peratus daripada jumlah keseluruhan kes,” katanya dalam sidang akhbar di Putrajaya hari ini.

Menurut Dr. Noor Hisham, kematian ke-83 (kes ke-4988) merupakan lelaki warga Malaysia berumur 69 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit kencing manis dan darah tinggi.

“Pesakit itu telah dirawat di Pusat Perubatan Universiti Malaya pada 21 Mac lalu dan disahkan meninggal dunia pada pukul 6.41 pagi tadi,” katanya-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here