Covid 19: 2 kematian, 57 kes baharu, 84 sembuh

0
100
Status Covid-19 di Malaysia. Foto sumber KKM.

Oleh SITI KHAIRULNISAH MOHAMMED BAJURI

CYBERJAYA – Dua kematian berkaitan jangkitan Covid-19 dilaporkan setakat 12 tengah hari tadi yang menjadikan jumlah kumulatif kes kematian akibat jangkitan wabak berkenaan sebanyak 102 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, pihaknya juga merekodkan sebanyak 57 kes dilaporkan hari ini dan mencatatkan 6,002 kes keseluruhan dalam negara.

Menurutnya, daripada jumlah itu, sebanyak 25 kes baharu itu membabitkan kes import, manakala 32 kes lagi membabitkan penularan dalam komuniti.

Katanya, seramai 36 pesakit dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) manakala 14 pesakit menggunakan bantuan alat pernafasan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah.

“Bilangan pesakit yang telah sembuh terus meningkat apabila seramai 84 orang telah sembuh.

“Ini menjadikan 4,171 pesakit telah sembuh dan discaj hospital dengan kadar kesembuhan 69.5 peratus.

“Kes aktif (positif Covid-19) kebolehjangkitan seramai 1,729 pesakit, mereka sudah diasingkan dan diberi rawatan,” katanya ketika sidang akhbar, hari ini. – MBNews

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here