Covid-19 : 2 Minggu amaran Tahap Tiga di New Zealand

0
104

Oleh SITI AZIELAH WAHI

WELLINGTON- New Zealand melaporkan tiga kes baharu jangkitan Covid-19 dalam tempoh 24 jam lalu, menjadikan jumlah jangkitan di negara itu sebanyak 1,476 kes.

Tiada kes maut dilaporkan dan jumlah korban kekal 19 orang, kata Ketua Pengarah Kesihatan Ashley Bloomfield pada sidang media lapor agensi berita Xinhua seperti dipetik Bernama.

Pada masa sama Bloomfield berkata, 1,241 pesakit sembuh, tujuh masih dirawat di wad biasa.

New Zealand menurunkan tahap amaran kepada Tahap Tiga pada Isnin, berbanding Tahap Empat sebelum ini.

Sementara itu amaran Tahap Tiga akan berterusan selama dua minggu sebelum kajian semula dibuat dan keputusan mengenainya diumumkan pada 11 Mei ini.

Perdana Menteri, Jacinda Ardern berkata, sekitar 75 peratus ekonomi kembali beroperasi ketika negara berada pada Amaran Tahap Tiga.

“Walaupun orang ramai kembali menikmati suasana membeli barang, penting bagi kita perlu menjaga jarak sosial dan terus duduk di rumah jika tiada alasan munasabah untuk keluar,” kata Ardern.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here