Covid-19 : 201 kes pulih, 69 kes baharu, dua kematian

0
159

Oleh SITI AZIELAH WAHI

CYBERJAYA – Malaysia mencatatkan bilangan kes discaj hampir tiga kali ganda berbanding kes baharu hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 201 kes jangkitan Covid-19 telah pulih dan dibenarkan pulang hari ini manakala terdapat 69 kes baharu dilaporkan.

“Terdapat 201 kes telah pulih dan dibenarkan discaj hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih
sepenuhnya sebanyak 2,967 kes iaitu 56.5 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

” Bilangan kes yang didiscaj hari ini adalah hampir tiga kali ganda bilangan kes baharu yang dilaporkan, ” katanya dalam sidang akhbar perkembangan Covid-19 di kementerian itu hari ini.

Sementara itu menurut Dr. Noor Hisham, jumlah keseluruhan kes Covid-19 di negara ini adalah sebanyak 5,251 kes di mana terdapat sebanyak 2,198 kes aktif dan pesakit telah diasingkan dan diberi rawatan.

“Sehingga kini, seramai 51 kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Daripada jumlah tersebut, 26 kes memerlukan bantuan pernafasan,” katanya.

Menurut Dr. Noor Hisham berdasarkan maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) terdapat pertambahan dua lagi kes kematian berkaitan Covid-19.

“Justeru, jumlah kumulatif kes kematian akibat Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 86 kes iaitu 1.64 peratus daripada jumlah keseluruhan kes,” katanya.

Dalam pada itu kes kematian ke-85 merupakan kes ke-5,064 melibatkan lelaki
warganegara Malaysia berumur 85 tahun yang merupakan kontak rapat dengan kes berkaitan dengan kluster PUI Bali.

“Pesakit itu telah dirawat untuk penyakit barah darah di sebuah pusat perubatan swasta
dan kemudiannya dipindah ke Hospital Tengku Ampuan Afzan, Pahang pada 15 April dan disahkan meninggal dunia pada 16 April pukul 3.30 petang.

“sementara itu kes kematian ke-86 merupakan kes ke-5,183 iaitu seorang lelaki warganegara Malaysia berumur 85 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit darah tinggi dan strok,” katanya.

Katanya, pesakit tersebut mempunyai sejarah kontak rapat dengan kes positif Covid-19, iaitu kes ke-2,321 telah dirawat di Pusat Perubatan Universiti Malaya pada 1 April dan disahkan meninggal dunia pada 16 April pukul 8.56 malam.-MBNews

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here