Covid-19: 208 kes baharu, lima kematian

0
78

PUTRAJAYA – Terdapat 208 kes baharu dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kes positif Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 3,116 kes dan jumlah kematian sebanyak lima kes menjadikan 50 kes setakat ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, terdapat 122 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj hari ini dengan kumulatif sembuh 767 kes.

Dr. Noor Hisham berkata, Sehingga kini, sebanyak 105 kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan daripada jumlah itu, 54 kes memerlukan bantuan pernafasan.

“Kes kematian ke-46 (kes ke-2,909) merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 37 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit kronik dan rendah imuniti. Pesakit itu telah dirawat di Hospital Sultanah Aminah, Johor pada 28 Mac dan disahkan meninggal dunia pada 31 Mac pada pukul 11.10 malam.

“Kes kematian ke-47 (kes ke-2,910) merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 78 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit darah tinggi dan gout. Pesakit itu telah dirawat di Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Johor pada 17 Mac dan disahkan meninggal dunia pada 29 Mac pada pukul 7.10 malam.

“Kes kematian ke-48 (kes ke-2,572) merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 85 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit kencing manis, darah tinggi dan penyakit jantung. Pesakit tersebut telah dirawat di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, Johor pada 29 Mac dan disahkan meninggal dunia hari ini pada pukul 8.01 pagi.

“Kes kematian ke-49 (kes ke-1,273) merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 61 tahun. Pesakit itu mempunyai sejarah kontak rapat dengan kes positif Covid-19 (kes ke- 2,107). Pesakit berkenaan telah dirawat di Hospital Umum Sarawak pada 20 Mac dan disahkan meninggal dunia pada 1 April pukul 8.36 malam.

“Kes kematian ke-50 (kes ke-1,767) pula merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 69 tahun telah dirawat di Hospital Tuanku Ja’afar, Negeri Sembilan pada 22 Mac dan disahkan meninggal dunia hari ini pukul 2.20 petang,” katanya dalam sidang akhbar Covid-19 hari ini.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here