Covid-19: 215 pusat kuarantin beroperasi

0
70
Sebanyak 215 pusat kuarantin telah beroperasi berbanding 2019 pada hari sebelumnya. Foto internet.

Oleh SITI KHAIRULNISAH MOHAMMED BAJURI

CYBERJAYA – Sebanyak 215 pusat kuarantin telah beroperasi berbanding 209 pada hari sebelumnya melibatkan 17,265 individu sedang menjalani proses kuarantin wajib.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, seramai 1,155 rakyat Malaysia telah pulang ke tanah air dan telah dikuarantin wajib, semalam.

“Seramai 21,180 rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara telah dikuarantin wajib sejak 3 April lalu.

“Sejak 17 April, 7,559 individu telah selesai menjalani tempoh kuarantin wajib dan dibenarkan pulang,” katanya dalam sidang akhbar selepas menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Khas Menteri-Menteri Mengenai Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), hari ini.

Dalam pada itu, kata beliau, sebanyak 4,150 operasi sanitasi di bawah kawal selia Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) sejak 30 Mac lalu telah dijalankan termasuk di 13 Zon Merah.

Katanya, sebanyak 8,035 premis kerajaan, premis perniagaan dan kawasan awam telah disanitasi oleh pihak KPKT.

“Semalam, sebanyak 86 operasi sanitasi meliputi 35 Zon Merah dan Kuning di 9 negeri, termasuk 31 operasi di Johor dan 17 operasi di Perak.

“Operasi sanitasi semalam merangkumi 34 bangunan Kerajaan, 23 tempat awam, 39 pusat perniagaan, lima kawasan perumahan termasuk Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan empat pasar raya,” katanya. – MBNews

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here