Covid-19: 40 peratus kes positif daripada kluster tabligh

0
138

PUTRAJAYA- Kluster tabligh menyumbang 40 peratus daripada jumlah kes positif Covid-19 yang direkodkan setakat ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, baki peratusan kes positif disumbangkan oleh kluster kecil termasuk mereka yang pulang dari luar negara.

“Jumlah saringan membabitkan kluster jemaah tabligh iaitu perhimpunan di Masjid Seri Petaling, adalah sebanyak 18,826 orang setakat ini.

“Bilangan sampel yang diambil adalah sebanyak 15,380. Kes positif adalah sebanyak 1,407 kes, manakala kes negatif adalah sebanyak 10,000 kes.

“Jumlah yang masih belum dapat keputusan saringan adalah sebanyak 3,973 kes. Kita menjangkakan kira-kira 3,400 orang masih belum disaring,” katanya dalam sidang akhbar Covid-19 hari ini.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here