Covid-19: 5 peratus positif daripada 109,308 ujian

0
174

CYBERJAYA – Kaedah saringan dilakukan Kementerian Kesihatan (KKM) bagi mengesan kes baharu Covid-19 ketika ini sudah memadai dan mencukupi dalam mengawal penularannya.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata saringan juga sudah mencapai tanda aras lebih baik seperti ditetapkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dengan tumpuan saringan dibuat terhadap kontak rapat individu yang dijangkiti.

“Menurut WHO kalau kita saring 100 orang, kalau 50 orang positif makna lebih ramai (yang positif) ada dalam komuniti yang tidak dikesan. Kalau 50 peratus positif, kita kena tingkatkan saringan.

“WHO tetapkan 10 peratus tapi kejayaan kita lima peratus. Daripada sejumlah 109,308 orang sudah diuji, 5,389 saja positif. Setiap hari kita saring dan kita kumpulkan.

“Kita lebih baik dari tanda aras yang ditetapkan WHO iaitu 10 peratus. Banyak negara maju saringan yang hanya mencapai enam, tujuh peratus,” katanya pada sidang media harian di Putrajaya, hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here