Covid-19: 573 sampel diambil di kawasan Jalan Masjid India

0
104
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah.

Oleh SITI KHAIRULNISAH MOHAMMED BAJURI

CYBERJAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) sudah mengambil 573 sampel bagi mengesan penularan Covid-19 di Jalan Masjid India serta kawasan sekitarnya yang diisytiharkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Namun begitu, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, pihaknya masih menunggu keputusan saringan sampel berkenaan.

“Di Masjid India, setakat ini tidak ada kes positif atau kes baharu yang dikesan tetapi KKM sudah mengambil tindakan mengutip sampel walaupun PKPD dilaksanakan di kawasan berkenaan.

“Jadi, kita terpaksa menunggu beberapa hari sebelum memperoleh keputusan ujian terhadap sampel yang diambil,” katanya pada sidang akhbar hari ini.

Sebelum ini, pengisytiharan terbaharu PKPD di Jalan Masjid India dan kawasan sekitarnya bermula hari ini, membabitkan lebih 10,000 penduduk.

PKPD yang kelima setakat ini dilaksanakan selepas kawasan berkenaan mencatatkan lebih 40 kes positif Covid-19.

Namun, dua kawasan dikecualikan daripada PKPD meliputi Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi yang terletak di belakang kediaman Plaza City One, yang diwartakan sebagai lokasi PKPD pada 31 Mac lalu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here