Covid-19: 80 peratus pesakit kategori 1 dan 2

0
82

CYBERJAYA- Lebih 80 peratus pesakit positif Covid-19 di Malaysia berada dalam kategori tidak mempunyai sebarang gejala dan memiliki gejala ringan tetapi tetap dipantau di hospital.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, ia tidak seperti negara luar yang pesakit kategori itu tidak dimasukkan kes hospital dan hanya dikuarantin di kediaman masing-masing.

Menurut Dr. Noor Hisham, pesakit kategori satu tidak mempunyai sebarang gejala, manakala kategori dua ialah pesakit yang memiliki gejala ringan.

“Kategori tiga ialah pesakit yang ada radang paru-paru, tetapi tidak memerlukan bantuan oksigen.

“Kategori empat pula pesakit yang ada radang paru-paru dan memerlukan bantuan oksigen, manakala pesakit kategori lima memerlukan bantuan pernafasan.

“Kalau dapat kesan dengan awal kes positif Covid-19, pesakit akan terus dimasukkan ke wad dan kita akan pantau mereka. Di Malaysia, lebih 80 peratus pesakit positif Covid-19 berada dalam kategori satu dan dua.

“Ini bermakna, pesakit terbabit dapat dipantau di hospital, tidak seperti beberapa negara luar yang pesakit berkenaan ada yang tidak dimasukkan kes hospital dan hanya dikuarantin di kediaman masing-masing,” katanya dalam sidang akhbar di Putrajaya hari ini.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here